Saturday 6 September 2008

~Strawberry Picking~

Hasil tuaian..


Sebenarnya nak post entry pasal Wollaton Park, tapi gambar2nya belum ada. So, instead, kita enjoy crita pasal strawberry picking yg suatu masa dahulu ktorg pernah pergi... Tarikh sebenarnye x ingat. Tapi ceritanya ingt la jugak..


Pagi tu mula2 ktorg pergi car boot Calverton. Hala balik singgah kejap kat tempat strawberry picking tu. Excited masing2 bile tengok orang keluar dari tempat tu bawak strawberry yg merah2 dalam bakul..



waktu kat car boot


Bila masuk, x payah bayar. Orang yang punya tempat tu kasi bakul je. Nanti bayar ikut berapa banyak nak bawak balik jela..
So... ape lagi.. Masuk2 cari la strawberry kat celah2 pokok dia. Sambil2 tu makan la skali..^_^
Adli tekun mencari..
Sorang satu bakul..


Aini and Adnin mengumpul sebanyak mungkin..

Semua duduk menikmati sweet strawberries..nyum2..sampai kenyang jadinya!


Ni bukan pokok strawberry tau!

Nyum2..sedapnye..

Dah habis makan sampai kenyang, ktorg keluar bawak jugakla 5 bakul strawberries. Tapi x ingt pulak kene bayar brape. Reasonable jugak la.. So, ni lah hasilnye..

Ok, itula kisah strawberry picking..Tak sempat pulak nak pergi cherry or apple picking..Takde rezeki..Tapi alhamdulillah, sekurang2nye pernah rasa satu experience picking kat sini kan?! Lain kali kite pergi jalan2 tengok2 kat tempat lain pulak!

Sunday 29 June 2008

Aktiviti Jun










Since hari ni is the second last day of June already, I thought I'd update this blog. June is quite a busy month, gi Birmingham je dua kali; 6/6 & 13/6 bawak budak2 check up. Further detail ada kat blog dia org.





15/6/08 gi Mundy Park sekali lagi. Kali ni dengan group kawan2 lain. Kami kena warning pasal buat BBQ guna gas. Kalau pakai charcoal aje, ok.






16-20/6/08, gi course kat Brunel. Sambil tu amik kesempatan buat visa utk gi Canada and sempat jugak ronda2 kat Big Ben, Buckingham Palace, Trafalgar Square etc. Konon2 survey tempat2 so that nanti senang nak bawak budak2 jalan. Gambar nanti upload kat picasa bila senang2.

Big Ben...














Depan Buckingham Palace. Nak amik gambar palace nye, matahari kat belakang - glaring. Next time gi time pagi2 boleh amik gambar belakang nye palace...
Stop kejap - nak tengok Euro 2008 final...

Saturday 31 May 2008

Aktiviti cuti sekolah - Camping di Snowdonia








Dari 24/5/08 - 1/6/08 budak-budak cuti sekolah. Kami mengambil kesempatan gi camping di Snowdonia. Kebetulan 26/5/08 tu cuti Bank Holiday, jadi ngam la, yang keje dan yang tak cuti sekolah ni (kita la tu...) boleh lah berjalan sekali :-) . Kami 5 family semuanye - bdk2 18 org, org besar 10 orang.
Snowdonia ni sebenarnya National Park kat Wales; sempat la kami gi Wales sepanjang duduk sini. Pemandangan kat sana, Subhanallah, cantik betul... dengan gunung ganang, ladang-ladang yang luas mata memandang, tasik-tasik celah-celah gunung, hai rasa nak duduk je kat sana.
Dari Nottingham ke Snowdonia around 3 jam perjalanan. Kami bertolak dalam pukul 8 pagi, plannye pukul 6 pagi, tapi biasala, dengan anak2 ramai, tak sempat la... Janji masih lagi lepas subuh.
Dengan pertolongan tom tom, sampai lah kami kat Snowdonia tu. Adnin & Aqilah, as expected, tak tahan jugak kat tempat2 tinggi - salah satu symptom penyakit dia org ni. Dia org rasa uneasy, rasa sakit perut pun ada, nak muntah pun ada, at last wek wek jugak. Tapi masa kat Barmouth, tempat landing pertama kami, dia org dah ok dah. Barmouth ni town kat tepi pantai. Terpegun jugak tengok tempat tu, ada laut lepas tu terus bukit2 tebing tinggi. Angin kuat betul masa tu, jadi gambar2 memang tak perfect la - tudung senget2.

Budak2 memang seronok tengok laut, tapi tak boleh mandi pun pasal sejuk. Best jalan kat tepi pantai tu walaupun angin kuat. Kalau jalan kat PD panas & rasa berlengas, kat Barmouth, siap pakai jaket lagi... cool je walaupun ada gak matahari.

Lepas lepak2 kat tepi pantai, around pukul 3 pm, kami bertolak ke campsite. Tempatnye nama Cwmrhwyddfor. Ha camne nak sebut tu...! Bahasa Wales ni memang pelik sikit. Sebutan nye dalam bahasa melayu lebih kurang macam ni - 'Kodifo'. Pelik ek... Yang paling kami takkan lupa - araf maknanye slow. Camne nak sebut, tak sempat tanye org Wales lagi.. Tapak campsite tu sewanya 15 pound semalam satu family. Kami tak dapat electric hook up. Apa lagi sejuk dan gelap giler la malam2. Dengan angin kuat, tidur atas rumput, sah-sah malam tu kita tak dapat tidur. Member sebelah siap berdengkur lagi...


Ni gambar tent kami, 8 men tent, ada 3 bilik. Memang best. Belakang kat atas bukit tu ada biri-biri.

25/5/08 kami gerak ke Northern area, singgah kat Lanberis, one of the attractions kat Wales. Gambar2 nanti kita upload ke Picasa. Lepas tu gi Bangor, kat tepi pantai. Bahar ada contact budak kat Bangor; main reason pasal nak fishing or crabbing. Sampai sana, hujan, kami lepak kat rumah dia kejap, solat & makan. Kawan tu ada kedai makan - (tabik spring la boleh bukak kedai makan) jadi kami order doner kebab. Pukul 7 baru ke tepi pantai tu, time air sedang surut. Dapat la tangkap dua tiga ekor ketam, bawak balik Nott, merasa la makan ketam masak lemak cilipadi... sodap!


Pukul 10 malam baru bergerak balik ke camping site. Jauh giler, kul 12 malam baru sampai. Seram betul lalu bukit bukau tu malam2; dah la jalan dia kecik2, ranting2 kayu bertaburan kat jalan. Kita seram kot-kot keluar beruang kat jalan masa malam2 tu. Bahar takut kalau2 ada dahan sekah melintang jalan. Camne nak keluar alih dlm gelap2 gitu...! Zul kurang bernasib baik pasal kereta dia kena hempap dahan, retak cermin depan. Nasib baik tampered glass, tak lah bersepai kaca2.


Sampai kat campsite, solat, makan, lepas tu tidur. Ingatkan nak tidur dlm previa kami tu, sekali bateri dia kong, jadi Bahar tak dapat nak alih mengadap tent kami. Tidur lagi la dalam tent... Next time kalau gi camping, kena bawak tilam angin. Tak sakit badan...


Esoknye lepas breakfast, kemas2 tent, gi jalan sekejap kat tasik berhampiran camping site kami, lepas tu bertolak balik. Hala balik, lalu Stoke on Trent sebab rombongan cik kiah nak gi beli pinggan2. Kita dah beli dah masa trip ke Stoke dulu, jadi kita cuma beli mug and alas periuk je. Opps, nanti sambung lagi, nak tengok final Britain's got talent. Sebenarnye sedang tunggu kunci rumah baru, landlord tu tak hantar2 lagi. Kami pindah ke rumah selang dua tiga pintu dari rumah ni. Murah sikit, boleh simpan duit untuk pergi camping lagi...

Wednesday 7 May 2008

BBQ di Mundy Park, Derby



Emmm yum yum...Besar betul api dia - naik rentung jugak la ayam tu...


Last weekend 3/5/08, kami berkesempatan ke Mundy Park, Derby. Sebutan melayu dia - mandi. Kalau dapat mandi, best jugak ek, tapi Adnin sorang je sempat mandi, main kolam cetek kat situ. Takde bawak baju pun, dia redah je dengan baju yg dia pakai tu; nasib baik Ina ada bawak baju anak dia lebih. Time tu masih sejuk2 ala2 Genting Highlands, tapi budak2 ni bila dah nampak air, jadi itik la masing2. Ada anak2 mat salleh kat situ, bukak habis...



Mundy ni lebih kurang 15 batu dari Nottingham. Kami sebenarnya baru je beli Toyota Previa, jadi dapat lah ikut dia org gi BBQ. Masing2 bawak makanan sendiri, cuma lebih kan sikit utk kawan2 rasa-rasa. Seronok sekali sekala outing mcm gini. Tenang rasa kepala...



Selain dari makan2, apa lagi posing lagi la... Pulak tu ada kawan bawak camera canggih2. Lagi menjadi-jadi la.. Ni the whole group yang ikut trip ni.





Selain dari BBQ, aktiviti lain, budak2 boleh ride donkey (kesian tengok donkeynye, pakcik tua yang bawak donkey tu lagi kesian, macam tak larat je...







Ada jugak train ride - 90p one way.



Lain-lain, ada taman permainan kanak2, tasik2 dan taman2 bunga. Personally, kita suka lagi Wollaton Park kat Nottingham. Scenery lagi cantik... Nanti la nak gi sekali lagi, bawak anak2 besar & bapak dia org yg belum pernah pergi lagi. Ok la nak sambung keje, senang2 nanti kita upload gambar kat picasaweb.











Saturday 5 April 2008

Trip ke Europe


Cuti sekolah baru ni, kami sempat ke Europe covering Holland-Belgium-France. Dah terlanjur sampai UK ni, dah spend on ticket kapalterbang budak2, might as well ronda sekali la ek. Bak kata Nik, duit boleh cari...Trip ni pun, hasil kesusahan kami sekeluarga, tak berkereta kat sini, gi sekolah naik basikal dalam sejuk2 tu; bila nak gi jauh sikit, naik bas je (nasib baik juga public transport kat sini very reliable). Sebenarnya, Aina yang ditugaskan buat fotopages, tapi sampai la ni pun, lum nampak hasilnye lagi...

Kami bertolak dari sini pukul 12.15 am 21/3/08, bas jemput depan rumah - punye la special. Sampai Dover around 4.30 am, kena tunggu kejap kat situ untuk cross ke Calais, France. Dalam ferry, Adnin & Aqilah tak tahan sea sick - wek wek la jugak. Actually dalam bas lagi dah wek wek dah sebab the day before, dia org gi Hospital check mata, eye drop untuk besarkan biji mata dia org tu, lambat pulak effectnye, dah petang baru pupil dia org dilate - jadi pening lah budak2 tu. Hasilnye, mak dia la jadi mangsa...nasib baik tak wek wek sama...

Gambar kat atas ni, masa kat Keukonhof, Holland. Masa tu kat luar snowing, jadi kami masuk kat building tu untuk panaskan badan sambil amik gambar kat bunga2 kat situ. Semua bunga cantik, bau pun sedap - wangi je... Tapi masih tak boleh lawan wangi bunga kesidang kat rumah tu. Dah merimbun macammana la agaknye pokok kita tu...

Ni Itenary masa kami pergi trip dulu :

Holland-Belgium-France (March 2008)

Pakej pertama - Holland-Belgium-France.
- 9 hari dan 7 malam melancong ke tempat-tempat menarik di Belanda, Belgium dan Perancis.
- Bermula pada 21 Mac 2008, dan tamat pada 29 Mac 2008.

Itenari Perjalanan:

HARI PERTAMA - Jumaat, 21 Mac 2008
12.30 pagi - Bertolak dari Nottingham ke tempat penginapan di Wassenar, Amsterdam, Holland.

Bertolak ke Dover dan menaiki Ferry ke Calais, France. Dari Calais bertolak ke Wassenar di Amsterdam, Holland.

Since kami sampai awal, and check in pun lambat, singgah kat Brugge, Brussel dulu. Angin kuat, nak makan pun menggigil-gigil. Lapar punya pasal, nasi sejuk, karipap yang Mak Nik bekalkan, habis kami makan... Opps, TQ Makcik, sedap betul karipap tu...


HARI KEDUA - Sabtu, 22 Mac 2008
10.00 pagi - Main kat Theme Park camp tu. Ada jugak yang gi swimming, tapi kami tak pergi pasal costume takde.

Theme park dia kecik je, tapi boleh la nak bagi budak2 seronok...

2.00 petang - Gi Rotterdam. Plannye nak ke Keukonhof, tapi last minute tukar plan pasal hujan, bunga tak cantik. Kemuncak lawatan ini adalah lawatan ke Euromast Tower. Dari sini kami dapat melihat keseluruhan bandar Rotterdam dan pelabuhannya.

”Sticking with members of the World Federation of Great Towers, this is Rotterdam’s 186 metre-high Euromast. Apparently the tower is built on a concrete block weighing 1,900,000 kilos’.This a great way to get a panoramic view of Rotterdam. It was also relaxing after walking the city most of the day.”

HARI KETIGA - Ahad, 23 Mac 2008
9.00 pagi - ‘Sight-seeing’ sekitar ibu kota Amsterdam. Yang bestnye, sambil tunggu untuk naik cruise tu, snow turun... seronok masing-masing. Maknye pun seronok pasal dapat 2 in 1 holiday, tak payah nak bawak budak2 gi Scotland tengok snow.

Kemuncak aktiviti ialah dengan menaiki bot menerusi terusan (canal) selama hampir 2 jam.

2.00 petang - Ke cheese farm and kilang buat clog. Aina participate dalam presentation minah belanda tu, and in the end dia dapat souvenir. Nak beli2kan souvenir, memang tak dapat lah; budget holiday ni - cuma beli bunga tulip dari kayu tu je. Clog mahal sangat la...

5.00 petang - driver singgah kat tepi pantai kejap. Dapat la tengok rumah2 kat bawah paras laut. Dengarnye kat situ dia org kena ada swimming certificate. Takut lemas - manalah tau tiba2 air laut flow in - parah...! Tapi dia org ada system yang control water level tu supaya tak flooding. Boleh buat research tu, supaya KL tak banjir bila hujan lebat!

HARI KEEMPAT - Isnin, 24 Mac 2008



HARI KELIMA - Selasa, 25 Mac 2008

8.30 pagi - Bertolak dari Camp Wassenar ke Brussels. Perjalanan dijangka mengambil masa 2 jam; tiba sekitar 10.30 pagi.

10.30 pagi - Di Brussels kami melawat Automium, iaitu pusat sains yang terkenal di Eropah.

Di sebelah Automium pula kami melawat Mini Europe iaitu sebuah taman yang mempamerkan segala bentuk bangunan yang terkenal dan juga figurasi yang terdapat di sekitar Eropah untuk tatapan para pelancong.


”Located at the foot of the Atomium, MINI-EUROPE is the only park where you can have a whitlestop tour around Europe in a few short hours. A truly unique voyage ! Stroll amid the typical ambiance of the most beautiful towns of the Old Continent. The incomparable chimes of Big Ben welcome you to the heart of London. The gondolas and mandolins will invite you to discover the charms of Venice. Follow the T.G.V. from Paris to the other end of France. You can make the models work yourself : the eruption of Vesuvius, the fall of the Berlin Wall, the bullfight in Seville and many more… In total 300 models and sites in a quite unequaled craftsmanship. Also don’t forget to visit the European Space full of interactive multimedia games.”

3.00 petang - Selepas selesai melawat kedua-dua tempat tersebut kami bertolak ke Paris, Perancis dan bermalam di Camp Paris International.

8.30 malam - tiba di Camp Paris International.

HARI KEENAM dan KETUJUH - Rabu/Khamis, 26/27 Mac 2008

Hari ini adalah hari kemuncak untuk kanak-kanak kerana mereka akan dibawa melawat Disneyland selama 2 hari berturut-turut.

Kepada para peserta yang tidak mahu ke Disneyland, bolehlah melakukan aktiviti ’sight seeing’ di bandaraya Paris secara bersendirian kerana aktiviti tersebut akan diadakan pada hari terakhir percutian.

HARI KELAPAN - Jumaat, 28 Mac 2008

9.00 pagi - Paris ’sight seeing’ bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.

Pukul 4.00 petang, bertolak balik. It was a long journey, ada stop over kat rest area and pukul 10.00 sampai kat checkpoint Calais. Kena interview jugak masa kat checkpoint tu, tapi nothing major, semua lepas je.

HARI KESEMBILAN - Sabtu, 29 Mac 2008

4.30 pagi - Selamat sampai ke rumah kami di Nottingham. Lega...

Apa lagi - laundry day la... 5 trip basuh and dry baju. Penat cik siti kita tu...

Gambar kat bawah ni, the whole group yang ikut tour tu...